Monday, December 9, 2013

Itu ini...begitu begini

"subhanaallah!"

     si imam kat depan tu pun dalam hati.."aik,aku salah ke?"

hmm,rupa rupanya si makmum yg seorang ni dia tersilap..dia ingatkan imam dah rakaat ke 3,padahal baru rakaat ke 2..tu yang dia tegur imam tu,pelik kenapa si imam buat tahiyat awal kali kedua..

habis je baca doa..terus si makmum tdi tu beredar.Si ayah yg solat disebelah pakcik tadi tu pun tak disalamnya..husnuzon.

                                                        ***
Tajuk kali ni bukannya nak cakap pasal fiqh solat,,cuma nak cakap,,kalau Allah dah berkehendakkan kebaikan untuk kita yakni hambaNya..takdak apa pun yang boleh halang.Dalam situasi kat atas tu..mungkin ada setengah pihak akan beranggapan bahawa si makmum yg tersilap tu takda ilmu,jahil bab solat la...apa2 la..

Tapi bagi pihak yg sentiasa memandang sesuatu kejadian dengan pandangan yang baik...mesti dia akan beranggapan bahawa kejadian yg berlaku tu adalah salah satu cara Allah nak sampaikan ilmu pada kita semua..

Mungkin,Allah nak tambah ilmu kita tapi melalui kejadian2 macam tu.

Mungkin dengan adanya kejadian macam tu,barulah para jemaah lain nak cari ilmu berkaitan fiqh solat..

Mungkin kalau takda kejadian macam tu..sampai bila2 Jemaah lain taknak ambik tahu tentang fiqh solat..

sebarang kemungkinan tu boleh berlaku..ea?


Kurniaan Allah tu boleh diberi dalam pelbagai cara.Terpulang kepada kita macam mana nak menilainya.

Pandanglah sesuatu dengan pandangan yang baik.Zun nun Al misri berkata, "salah satu tanda seseorang itu yakin dengan Allah ialah apabila dia melihat sesuatu,dia melihat dengan pandangan Allah." means dia sentiasa yakin ada hikmah yg berlaku disetiap kejadian..

wallahua'lam

  
 

No comments:

Post a Comment