Sunday, June 2, 2013

Cinta syurga tanpa meminggirkan dunia..

Keyakinan kepada Hari Akhirat sangat penting ketika hidup di dunia. Itulah prinsip yang menjadikan manusia mampu melaksanakan kebaikan walaupun sekiranya tidak mendapat penghargaan atau ganjaran.
Dan itulah juga penghalang untuk tidak melakukan kejahatan sekalipun terlepas daripada undang-undang dan pemerhatian orang. Justeru, dunia tidak adil. Acapkali orang baik ditindas dan dizalimi. Manakala orang jahat pula yang disanjung dan dipuja.
Apakah kerana dunia tidak adil kita akan berhenti melakukan kebaikan? Tidak.
Orang beriman akan terus membuat kebaikan kerana yakin adanya Hari Akhirat. Di sana setiap kebaikan pasti mendapat balasan. Apa yang lebih diharapkan adalah ganjaran akhirat bukan keuntungan dunia. Hidup di dunia adalah  untuk 'menanam' pohon kebaikan sebanyak-banyaknya. Insya-Allah di akhirat nanti akan dituai hasilnya. Mereka yakin, "one who laughs last, laugh best" – yang ketawa terakhir ialah ketawa yang terbaik!
Orang beriman celik mata hati. Syurga, pahala, keredhaan Allah dan pengampunanNya jelas tertera di ruang hati. Mereka rela rugi, dicaci dan menderita di dunia yang sementara demi mendapat ganjaran, pujian dan kesenangan di akhirat yang abadi. Dunia ini dirasakan ladang tempat bercucuk tanam. Justeru, mereka adalah orang yang paling sibuk berkerja di dunia. Mereka sentiasa aktif dan produktif. Ya, kecintaan kepada syurga tidak bermakna meminggirkan dunia!
Hati orang beriman dapat melihat dengan jelas dunia yang dekat dan akhirat yang jauh. Yang dekat (dunia) dimanfaatkan semaksimumnya demi keuntungan pada yang jauh (akhirat). Hati mereka tidak rabun dekat dan juga tidak rabun jauh. Hubungan kesalingan antara keduanya dapat dilihat dengan jelas dan tepat. Menerusi pandangan mata hati, mereka memburu dunia dengan sebanyak-banyaknya... Namun bukan untuk diletakkan di dalam hati. Sebaliknya, hanya diletakkan di tangan agar mudah diagih-agihkan.
RABUN JAUH
Sebahagian besar manusia, rabun jauh... hanya nampak kehidupan dunia. Akhirat seolah-olah tidak ada. Memburu kenikmatan dan kesenangan dunia tanpa memikirkan soal halal dan haram. Menipu, rasuah dan mengambil hak orang lain dengan penuh kelicikan dan tipu daya. Undang-undang dan peraturan dunia dimanipulasi dan dieksploitasi dengan bijaknya. Mengumpul harta sebanyak-banyaknya seolah-olah ingin hidup selama-lamanya di dunia.
Mereka lupa bahawa memburu dunia dengan melupakan akhirat hanya meninggikan tempat jatuh. Semakin banyak kuantiti harta yang mereka dapat, semakin banyak banyak kualiti jiwa yang mereka hilang. Ketamakan, kerakusan, kekejaman dan kepura-puraan akan melanda hidup mereka. Mereka akan 'diburu' oleh apa yang mereka buru. Harta adalah hamba yang paling baik tetapi tuan yang sangat kejam!
Maksudnya, selagi dunia dijadikan alat untuk mencapai matlamat (membuat kebaikan sebanyak-banyaknya), maka selagi itulah ia akan memberi manfaat. Sebaliknya, jika dunia sudah dijadikan matlamat... ia akan menipu dan menghancur pemburunya. Firman Allah SWT:
"Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan." (3:185)
Menikmati kesenangan dunia tanpa mencintai akhirat umpama minum air laut... semakin diminum akan semakin haus.
Manusia hakikatnya bukan warga dunia, manusia adalah warga akhirat. Kata hukama :
"Dunia diciptakan untuk manusia. Manusia diciptakan untuk akhirat."

Dunia adalah alat, akhirat itulah matlamat.
Tetapi manusia yang punya hati yang 'rabun jauh' hanya dapat melihat yang dekat dan singkat. Alangkah ruginya apabila umpan (dunia) lebih dipentingkan daripada ikannya (akhirat). Alangkah bodohnya membuat pondok di atas jembatan sedangkan villa di seberang sungai lebih cantik dan agam?
Golongan rabun akhirat ini sangat berkira dan banyak alasan untuk tidak membuat kebaikan. Jika tidak mendapat ganjaran dan pujian mereka akan berhenti memberi. Mereka memberi hanya untuk menerima lebih banyak. Tidak ada istilah budi dan pahala lagi. Hanya ada laba dan dosa. Pantang ada peluang dan kesempatan, mereka akan melakukan kejahatan untuk mendapat keseronokan dan keuntungan. Mulut mengatakan akhirat itu ada... tetapi di hati, akhirat itu telah mati.
RABUN DEKAT
Ada pula golongan manusia yang punya hati rabun dekat. Mereka tidak mampu melihat dunia ini sebagai kebun akhirat. Dunia ini dirasakan bangkai yang busuk dan menjijikan. Lalu mereka menjauh dan membenci dunia. Kononnya hati mereka di akhirat tetapi terlupa bahawa kakinya masih menjejak dunia. Mereka ingin menyeberang tanpa jembatan, memburu matlamat tanpa alat... ingin memancing ikan tanpa umpan!
Mana mungkin kita memberi tanpa memiliki? Mana mungkin kita memiliki tanpa mencari? Mencari, memiliki dan memberi adalah tiga langkah yang perlu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Orang beriman mesti mencari dunia... kemudian memilikinya dan akhirnya memberinya. Malangnya, golongan 'rabun dekat' ini menghindari dunia dan membencinya... lalu apakah yang hendak mereka berikan?

Jika tidak ada harta, mana mungkin ada pahala sedekah dan zakat? Jika tidak ada senjata, mana mungkin ada perjuangan dan jihad?
Tanpa harta Sayidina Abu Bakar ra, Bilal akan terus menjadi hamba. Tanpa infak harta oleh Sayidina Utman ra, kaum Ansar dan Mujahirin tidak akan ada sumber air di Negara Islam Madinah.
Justeru, jadilah tangan yang di atas... dengan mencari, memiliki dan memberi harta. Milikilah hati yang celik... dengan mencintai syurga tanpa meminggirkan dunia!

Tuesday, May 28, 2013

Asiah..Ratu syahadah..

Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.

Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.


Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara.

 Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.
Kemudian Fir’aun berkata:
“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”
Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:


1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.


Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.


Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. 

Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.
Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.


Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. 

Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.

ASIAH binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika itu.


Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.
"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.
Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.
"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.


Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun.
Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.
"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah.
"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.
' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.
"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.
Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.


Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.
Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.
Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan izinnya."
"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan hairan.
"Ibu, adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa? Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya.
Manusia biasa
"Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar.
"Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun.
Firaun yang mendengar aduan anaknya berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran Allah.
Orang yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah.
"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.
"Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata manisnya.
"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah, tuhan yang mencipta saya.
"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.


Usaha Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran nabi Musa.


Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama Musa.
"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.
"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi.
"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.
"Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.


"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.
"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik.


Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.
Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.
Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan.






Saturday, May 25, 2013

Umar Abdul Aziz

ANAKKU. JUALLAH CINCINMU

Ketika Umar bin Abdul Aziz mengetahui bahawa salah seorang anaknya telah membeli cincin dengan hiasan batu mulia berharga 1.000 (seribu) dirham, dia menulis sepucuk surat kepadanya.



Bunyinya:

Wahai anakku, aku bersumpah kepadamu agar menjual lagi cincin tersebut dan agar memberikan 1.000 (seribu) kaum fakir miskin dengan harga itu. Kemudian kami membeli sebuah cincin besi seharga 1 (satu) dirham lalu ukirlah padanya kalimat “Sesungguhnya Allah merahmati orang-orang yang tahu diri”.

SubhanaALLAH.. AllahuAKHBAR..
Terkedu melihat keadilan Umar. Lihat dan renung dalam-dalam kisah peribadi Umar Abdul Aziz..Adakah nilai sebegini ada di kalangan pemimpin kita masa kini ..:((


MENANGGUH HAJI DEMI RAKYAT DAN SEHELAI BAJU


Sungguhpun dia seorang khalifah hebat dan mempunyai empayar yang besar,namun itu bukan bermakna  belia seorang yang kaya dan hidup mewah- mewahan..

Beliau tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan Haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab:

“Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal.
Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.
!!! Allah....

TIDAK ADA ORANG MISKIN  YANG MEMERLUKAN ZAKAT SAAT PIMPINANNYA!!
Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan tetapi  Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama dalam pemerintahan. Dan yang paling besar perubahan semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat.!!

Allahu akhbar!! Lihat betapa ALLAH itu benar-benar rahu akan apa yang terbaik.. Andai setiap umat islam itu mengeluarkan zakat hartanya PASTI  TIDAK ADA mereka yang layak menjadi miskin !! Tidak ADA!!
Terbukti sudah pada zaman ini.. Zaman pemerintahan berlandaskan ISLAM .. !!!


Umar Abdul Aziz telah merubah segala bentuk pemikiran yang terlaksana saat pemerintahan Khalifah Al- walid  yang mana  cenderung dalam minat seni bina bangunan . rakyat berbicara semua mengenai bangunan dan seni bina..begitu juga zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman  yang minat kepada wanita  dan majlis makan besar... Dan itulah yang menjadi bualan rakyat.. 

Thursday, May 23, 2013

Remaja Berwawasan Akhirat

Ini kisah yang berlaku di zaman nabi tercinta, Rasulullah s.a.w.

Sebuah kisah seorang remaja bernama Sa'labah Bin Abdul Rahman.
Remaja yang umurnya baru 17 tahun.
Wawasan dan visi hidupnya adalah akhirat.
Takutnya hanya pada Allah.
Ini bukan kisah remaja kita..yang terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Sa'labah ini.

Satu hari, Sa'labah ini berjalan ke satu tempat atas perintah Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan, Sa'labah lalu dihadapan sebuah rumah dan secara tidak sengaja dia terlihat seorang wanita yang sedang mandi

Lantas dipalingkan mukanya, terus melafazkan astaghfirullahalazim dengan terasa berat sekali beban menanggung dosa yang tidak sengaja dilakukan. Disaat itu, hatinya terdetik dengan penuh debaran, apakah malaikat Jibril telah melaporkan pada nabi perihal dosa yang telah dilakukan? Apakah Allah telah menurunkan ayat yang menyenaraikan namanya dalam kalangan orang yang akan ditempatkan neraka? Dia takut sekali akan azab yang akan ditanggung oleh sebab dosa kedua matanya itu.

Sa'labah merasa lemah sekali. Ketakutannya pada azab Allah menghilangkan seleranya untuk makan. Sehingga kering tubuhnya. Satu hari Rasulullah s.a.w datang menziarahinya, diangkat kepala Sa'labah lalu diletakkan diatas riba baginda.

Sa'labah mengalihkan kepalanya dari riba Rasulullah s.a.w.

"Mengapa wahai Sa'labah?", tanya Rasulullah.

Sa'labah menjawab," Kepala yang penuh dosa ini tidak layak berada di ribamu ya Rasulullah"

"Wahai Sa'labah, bersaksilah bahawa Allah menerima taubatmu itu",kata Rasulullah.

Akhirnya Sa'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaan Rasulullah bersama sejuknya pengampunan dari Allah. Disaat jenazah Sa'labah hendak dikuburkan, Rasulullah yang datang agak lamabat kelihatan begitu sukar perjalanannya meskipun sudah dibuka laluan oleh para sahabat.

Para sahabat bertanya, "Mengapa begitu sukar sekali laluanmu ya Rasulullah?"

Maka Rasulullah menjawab."Engkau tidak lihat betapa ramainya malaikat yang mengiringi jenazah Sa'labah sehingga bersesak-sesak"

Mulianya kematian anak muda itu, sudahlah mati di ribaan baginda Rasulullah s.a.w, jenazahnya pula diiringgi oleh ribuan malaikat. Inilah kisah anak muda yang berwawasan akhirat. Dia anak muda seperti kita. Namun visi hidupnya jauh berbeza dengan kita. Terlalu jauh. Visi hidupnya itu terpasak kukuh dalam jiwanya.Visi itulah yang mengarahkan hidupnya hanya pada Allah. Apakah visi itu?

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah. Itulah visi hidup yang sepatutnya telah lama berakar tunjang dalam jiwa kita...renungan bersama...

Friday, February 22, 2013

Seek0r AyaM......

 Terdapat 3 sekawan burung yg bsahabat baik ...iaitu Ayam,Bayan dan Merpati.

Sewaktu mereka sedang melepak-lepak di bawah pokok, tiba2 Merpati bertanya kepada ayamg satu perkara yang yang menjadi tanda tanya selama ini kepadanya.

"Eh, aku sebenarnya nak tanya sesuatu pada kau sejak dulu lagi."
Merpati merenung wajah ayam.

"Kau nak tanya apa?”
Ayam kehairanan dengan pandangan tajam Merpati.

"Hmm.. aku keliru, kau ni sebenarnya jenis apa ya? Burung atau apa? Sebabnya, kenapa kau tak boleh terbang tinggi macam burung-burung lain?”

Ayam terdiam.


Bayan tergelak kecil. Dia pun sebenarnya tertanya-tanya adakah Ayam ni spesis burung atau tidak. Melihatkan wajah Ayam yang tiba-tiba saja sedih, Bayan mula serba salah, lalu dia segera memujuk Ayam.

"Ayam, kau nak tahu tak, hari tu aku ada jumpa....”

Belum sempat Bayan menghabiskan kata-katanya, Ayam yang malu dan sedih, segera meninggalkan kawannya itu menuju ke suatu tempat.

Merpati dan Bayan mula cemas. Mereka segera mengejar Ayam tanpa banyak bicara.

Ayam berlari mencari pokok tinggi yang banyak dahan. Dia terjumpa sebuah pokok yang sangat tinggi dan mempunya banyak dahan di tengah hutan tu. Kemudian, dengan pantas dia melompat memanjat pokok tersebut dari dahan ke dahan untuk sampai ke puncak.

Merpati dan Bayan yang mengejar dari belakang terkejut dengan tindakan Ayam ingin lakukan.

Ayam kini berada di puncak pokok. Dia bersedia untuk terjun ke bawah kerana ingin membuktikan kepada Bayan dan Merpati bahawa dia boleh terbang seperti burung-burung lain.

Bayan dan Merpati panik, mereka mempercepatkan terbang sambil menjerit sekuat hati agar Ayam memberhentikan tindakan bodohnya itu. Tetapi tidak dipedulikan Ayam. Saat sahaja Ayam ingin terjun, tiba-tiba Bayan segera kata,

“Aku ada benda nak bagitau, mesti kau gembira kalau tahu..”

Ayam terdiam seketika. Dia memandang ke arah Bayan.

“Apa dia?”

Bayan dan Merpati akhirnya sampai hampir kepada Ayam. Mereka berdua tercungap-cungap kepenatan.

"Ayam... Aku nak bagitau kau yang kau ni sebenarnya terkenal di kawasan bandar meskipun kau tak tahu. Hari tu aku ada jumpa bangunan namanya KFC (Kentucky Fried Chicken), Ayamas, dan macam-macam lagi yang ada nama kau. Popular juga kau.”

Ayam terdiam seketika. Dia tersenyum dan akhirnya turun ke bawah. Dia bertanya kepada Bayan,

“Jom bawa aku pergi ke tempat tu. Aku nak tengok juga.”

---

Moral of the story ;

1. Kalau ikan hanya mampu berenang, jangan paksa dia untuk menjadi seperti monyet yang pandai memanjat pokok. Kalau tidak, selamany ikan akan menganggap dirinya gagal.

2. Setiap orang ada kemampuan tersendiri. Ada orang hebat akademik dan teori, ada orang hebat praktikal , ada orang hebat menghafal, ada orang hebat dalam memahami sesuatu perkara, ada orang bijat berniaga, dan lain-lain. Itulah ragam dan kelebihan manusia yang pelbagai.

Cari dan selamilah kemampuan kita. Setiap orang unik. Jangan lihat orang yang mendapat A itu bijak, dan yang tak mendapat A itu gagal.

~ http://biskotmayat.blogspot.com/2013/02/cerpen-al-kisah-seekor-ayam.html ~

Friday, January 27, 2012

Jenis jenis syirik

            Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Hmm..post kali ni saya nk cakap pasal syirik..ni pun saya dapat dri seorag knalan facebook saya..trima kasih ye senior..diharapkan perkongsian  kali ni dpt mmberi kesedaran dlm diri kita...
....syirik sbnarnya terbahagi kepada 5...apa dia ye??

1. syirik iktikad: yakni yakin ada tuhan selain ALLAH
2. syirik ketaatan: iaitu mentaati benda lain (manusia,pemimpin) melebihi mentaati kpd ALLAH
3. syirik kasih sayang: mencintai benda hidup melebihi mencintai kpd ALLAH
4. syirik benda: percaya kepada benda lain yg tanpanya kita tak boleh hidup...nauzubillah
5. syirik ibadah: melakukan ibadah selain niat kpdNYA

 hmm..macam mane??anda tnye diri anda,sya tnya diri saya...tepuk dada tnya iman...

wallahu'alam...m_m